alifaisya banner

alifaisya banner
Click My Online Shop

Sunday, November 19, 2006

Inflasi Musuh yang tidak disedari!

Tabiat menyimpan sememangnya amat digalakkan. Tetapi dengan hanya meyimpan sahaja tidak cukup. Ia tidak akan dapat membawa kebebasan kewangan kepada kita. Mengapa? Inflasi! Inflasi akan menyusutkan wang hasil penat lelah kita bekerja. Menyimpan di bank hanya memberi pulangan sekitar 0.35- 1.35% setahun (source: http://www.maybank2u.com.my/business/other_services/islamic_banking/maybank/mudharabah_rates.shtml)
Manakala inflasi akan menyusutkan nilai duit sebanyak 4% setahun. Ini bermakna pulangan yang paling banyak yang boleh diperolehi ialah -2.65% . Kerugian sebenarnye.

Inflasi juga menyebabkan kos pengajian dan sara hidup di universiti awam yang sekarang ini ialah RM 40,500 untuk tiga tahun, akan menjadi RM 80,045.00, 18 tahun nanti. Sekarang ini pun susah untuk mendapat pinjaman atau biasiswa, PTPTN pun mungkin akan tiada lagi di masa akan datang memandangkan ramai peminjam yang tidak dapat membayar balik pinjaman. Jadi adalah penting untuk kita memulakan meyimpan secara tetap setiap bulan agar anak-anak kita dapat belajar hingga ke Universiti.

No comments:

Share Now!