alifaisya banner

alifaisya banner
Click My Online Shop

Saturday, January 19, 2008

New Details on Investment thru EPF

PANDUAN KEPADA AHLI


KELAYAKAN PELABURAN DI BAWAH
PENGELUARAN PELABURAN AHLI



1.0 PENGENALAN

Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak
dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)

2.0 DEFINISI SIMPANAN ASAS

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.

3.0 SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN

3.1 Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

3.2 Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum
pelaburan ialah RM1,000.00.

3.3 Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti di LAMPIRAN.

3.4 Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

4.0 PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan Telefon KWSP di talian 03 8732 6000 atau Emel enquiry@epf.gov.my

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
JANUARI 2008



Sila Klik Gambar utk lihat dengan lebih jelas.

No comments:

Share Now!