Oleh RUSMA IBRAHIM
KEBANYAKAN wanita tidak mampu menyara persaraan mereka. Ramai di antaranya bertungkus lumus cuba mengimbangkan dua peranan sebagai suri rumah, tugas semula jadinya dan pada masa sama terpaksa berdepan dengan halangan untuk maju dalam kerjaya.
Tanggungjawab mengimbangi dua tugas ini kerap memaksa wanita mengambil cuti rehat, ada kalanya cuti tanpa gaji, berhenti kerja selepas berkahwin atau selepas menjadi ibu. Ramai juga wanita berhenti kerja kerana mahu menjaga ibu bapa atau ibu bapa mentua mereka yang tua. Sikap ini menunjukkan ikatan kekeluargaan masih utuh di negara ini.
Semua faktor ini menyebabkan ramai wanita tidak berdikari dari segi kewangan dan ada kalanya sangat bergantung kepada suami masing-masing, ahli keluarga dan anak-anak yang sudah besar untuk belanja hidup. Wanita yang bekerja pula menghadapi cabaran yang lain. Mereka kerap berhadapan dengan masalah kerjaya yang terhad, gaji yang kecil dan akaun simpanan untuk persaraan yang lebih rendah.
Untuk artikel seterusnya sila lihat di Utusan Online
No comments:
Post a Comment